Antara perkara yang membuatkan aku merasa sangat teruja sebulan dua yang lalu ialah apabila akaun emel yang dibekalkan untuk urusan kerja seharian akhirnya diberikan kebenaran untuk mengakses appsheet.
Sejurus sahaja dapat tahu perkara ini tanpa sengaja. Aku tidak membuang masa lalu teruskan proses eksplorasi. Singkat cerita, alhamdulillah, beberapa aplikasi akhirnya berjaya aku hasilkan antaranya sistem verifikasi dokumen apc, sistem rekod surat/dokumen sedia ada yang aku naik taraf menggunakan appsheet, sistem rekod urusan manual (unit naik pangkat), sistem pengurusan ptm dan beberapa aplikasi yang lain.
Walaupun ia bukanlah sesuatu yang boleh dipanggil sebagai hasil yang sempurna, tapi aku sangat teruja dan gembira. Banyak yang aku perlu belajar dan meneroka dengan lebih mendalam tentang Appsheet ini. Alhamdulillah.
AND(
LEN([KOLUM NO KP])=14,
MID([KOLUM NO KP],7,1)="-",
MID([KOLUM NO KP],10,1)="-",
ISNOTBLANK(NUMBER(LEFT([KOLUM NO KP],6))),
ISNOTBLANK(NUMBER(MID([KOLUM NO KP],8,2))),
ISNOTBLANK(NUMBER(RIGHT([KOLUM NO KP],4)))
)
Kelmarin pagi, dengan berbekalkan sedikit persiapan mental dan fizikal, aku mencuba untuk menghidupkan kembali aktiviti mendaki bukit (hiking) yang pernah dilakukan suatu masa dulu.
Kali terakhir aku mendaki bukit berdasarkan rekod yang tersimpan dalam aplikasi coros ialah pada 23 disember 2023 di Bukit Padang. Jika dikira-kira, agak lama juga tidak mendaki bukit. Memang wajar kalau tahap kecergasan menurun dengan jayanya.
19 mac 2024, proses melatih otot kaki yang sudah lama berehat pun bermula. Aku sedar yang kakiku sekarang sudah semakin ‘manja’ kerana sangat jarang digunakan untuk aktiviti lasak seperti mendaki.
Antara banyak-banyak lokasi, tangga pejabat juga yang menjadi pilihan utama sebagai tempat zon latihan. Jimat masa dan efektif.
Dengan ketinggian 10 tingkat, sebanyak tiga kali ulangan turun naik. Akhirnya apa yang terjadi? Aku terpaksa ambil cuti rehat selama dua hari sebab kaki kena doms (delayed onset muscle soreness).
Parah bukan? Terbukti bahawa istilah muscle memory itu tidak terpakai untuk situasi aku kali ini.
Seterusnya, setelah lebih seminggu berlalu, pada 28 mac 2024, aku mengulangi latihan di tempat yang sama dengan 4 kali ulangan turun naik.
Alhamdullilah, otot kaki sudah tidak lagi sakit seperti sebelum ini. Nampaknya latihan sebelum ini sangat berhasil.
Namun begitu, ini baru cerita bab otot kaki, belum cerita bab pernafasan lagi, memang hancur semua tinggal kenangan.
Yang menariknya, ada satu posting 8 tahun lalu tiba-tiba keluar di facebook memories. Sangat menggamit kenangan betul. Nostalgia.
Pada masa itu aku turut serta dalam acara larian denai Kadamaian Nature Challenge 2016 di Taginambur, Kota Belud. Dia punya seronok, lain macam. Sakit pun dapat juga waktu itu. Di situlah julung kalinya aku diserang buasir yang sakitnya tidak boleh di bawa berbincang.
Balik sahaja dari acara, malam tu aku terpaksa tidur macam orang sujud, asal terkena di situ, ya Allah sakit dia.
Isteri balik dari kampung keesokan harinya dan bawa aku ke hospital. Aku kena tahan di wad satu malam. Kemudian diberikan cuti sakit selama dua minggu.
Setelah beberapa siri temujanji di hospital, aku akhirnya menerima rawatan rubber banding untuk buasir. Nostalgia memang.
Baik, kembali ke cerita aktiviti lasak masa lalu. Jika melihat keadaan diri aku yang sekarang, memang agak menyedihkan sekali. Tapi begitulah situasinya, berat mata memandang, berat lagi lemak perutku.
Jika diingat-ingat semula, kelmarin adalah hari terakhir bulan mac 2024, bersamaan hujung minggu dan petang maghribnya pula, tarikh hijriah bertukar kepada 21 Ramadan 1445H yang menandakan sebagai permulaan zon 10 malam terakhir.
Semacam suatu kebetulan atau mungkin dirancang tanpa sengaja.
Untuk aktiviti kelmarin, aku bermula di tangga lagenda Bukit Padang. Seronok betul rasanya dapat keluarkan peluh sambil menghirup udara dan wangian hutan.
Syukurlah kakiku tidak lagi sakit, cuma nafas masih perlu banyak latihan supaya tidaklah keterlaluan tercungap-cungap seperti lari dikejar anjing liar.
Tengok pada gambar pun sudah boleh tahu yang sekarang ini aku semakin membulat dengan jayanya. Seumpama tulisan yang tiada koma dan noktahnya. Terus bulat dan semakin membulat.
Parah betul sudah ni. Aku perlu lakukan sesuatu untuk menyekat perkembangan itu.
Sebenarnya aku sedang berusaha sedaya upaya untuk konsisten kali ini, sekaligus melawan sesuatu di dalam diriku yang kerap beralasan dan malas untuk bersenam.
Sebelum benda itu berulang, aku sengaja ambil gambar (senyum menyindir) supaya aku ada rasa malu terhadap diri sendiri apabila kalah dengan perasaan malas itu.
Aku rasa ramai yang ada situasi seperti ini. Semoga kita semua dapat menanganinya dengan baik dan seterusnya mencapai objektif serta tujuan yang diinginkan.
Apa yang orang lain mungkin fikir tentang kamu saat ini? Ya, boleh jadi apa sahaja. Kerana, akan ada manusia yang menilai berdasarkan apa yang mereka lihat pada diri kamu. Perhatikan baik-baik.
Jika kamu gemuk; mereka fikir kamu makan terlalu banyak.
Jika kamu menurunkan berat badan; mereka fikir kamu sakit.
Jika kamu berpakaian kemas; mereka fikir kamu menunjuk-nunjuk.
Jika kamu berpakaian sederhana; mereka fikir kamu miskin.
Jika kamu serius; mereka fikir kamu membosankan.
Jika kamu kelakar; mereka fikir kamu tidak matang.
Jika kamu meluahkan sesuatu yang ada di dalam minda kamu; mereka fikir kamu biadab.
Jika kamu berjaya; mereka fikir kamu angkuh.
Jika kamu susah; mereka fikir kamu pemalas.
Jika kamu tiada pasangan; mereka fikir kamu kesunyian.
Jika kamu ada pasangan; mereka fikir kamu terkongkong.
Jika kamu belum punya zuriat; mereka fikir kamu mandul.
Jika kamu jujur; mereka fikir kamu naif.
Jika kamu bohong; mereka fikir kamu tidak boleh dipercayai.
Jika kamu baik; mereka fikir syurga itu milik kamu seorang.
Jika kamu jahat; mereka fikir neraka itu dikhususkan untuk kamu.
Sakit bukan?
Memanglah terasa sakit dan kecewa apabila memikirkan tanggapan orang lain terhadap kita. Tetapi sebenarnya, tiada keperluan berfikiran seperti itu, kerana kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.
Sangat rugi jika hidup ini terlalu memikirkan tentang tanggapan orang lain. Itu hanya akan membuatkan hati tidak tenang, stres dan sukar untuk membuat keputusan.
Selain itu, berusahalah untuk menghindarkan diri daripada sikap suka menilai orang lain. Itu bukan kerja kita!
Berapa pun usia kamu sekarang, pasti merasakan bahawa masa yang dilewati itu seakan beredar dengan begitu pantas.
Kelmarin dan hari-hari yang berlalu telah menjadi sejarah. Esok pula kekal misteri, kerana tidak diketahui sama ada Allah masih mengizinkan kita untuk hidup di dunia ini atau sebaliknya.
Justeru, sisa-sisa hidup yang kita ada sekarang ini perlu disyukuri dan dihargai sebaik-baiknya dengan melakukan kebaikan berlandaskan ajaran agama. Belajarlah ilmu agama dari guru-guru yang mempunyai sanad keilmuan yang jelas dan diakui.
Bukan baru isu seperti ini berlaku di dalam negara. Beberapa hari lalu, negara kecoh dengan isu kalimah Allah (الله) sebagai rekaan logo stoking yang dijual di kk mart.
Biasa kita dengar daripada mereka apabila melibatkan isu sensitif 3R.
“Saya minta maaf, saya tidak tahu ini salah”
“Saya minta maaf, saya janji tidak buat lagi”
“Saya minta maaf, kali ini saya sudah salah”
Ya betul, memohon maaf itu perkara baik lagi terpuji. Tetapi bila kerap memohon maaf atas kesilapan yang lebih kurang sama, itu seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Seperti sudah menjadi formula bagi mereka; buat salah – minta maaf – tutup kes.
Semudah itu ya?
Bila kita luahkan kemarahan dan rasa kecewa. Mereka minta kita sabar, mereka khilaf, mereka tidak tahu, mereka merayu minta kita jangan boikot bisnes dia.
Tetapi berbeza hal keadaannya pula jika perkara yang sebaliknya berlaku. Dia punya kecoh boleh tahan, tidak cukup kertas hendak ditulis.
Kita pula bila terima pujian daripada mereka;
“Awa adalah contoh terbaik muslim yang paling bertoleransi kami kenal”
Kita punya rasa syok seolah-olah kita sudah berada sama tahap dengan para wali, sehingga tanpa segan silu menjadi jurucakap, mewakili dan sekaligus mempertahankan mereka. Wow! Luar biasa memang!
Cuba renungkan sejenak pepatah ini;
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Bukalah mata dan hati kita. Berfikirlah sebaiknya!
Apabila berada di dalam sesebuah negara, suka atau tidak, kena ikut peraturan, undang-undang, prosedur yang sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Pergilah balai polis dan buat laporan sekiranya ada kes seperti ini berlaku sama ada di media sosial atau di mana sahaja.
Jangan memadai dengan seorang sahaja yang membuat laporan, lagi banyak yang buat laporan terhadap isu yang berkaitan, itu lebih baik.
Ini tidak! Sendiri yang tidak mahu berusaha atau malas buat laporan polis, tetapi terus kata pihak berkuasa tidak buat kerja. Dia sapu habis semua. Apa punya mentaliti!
Jangan buat tindakan sendiri, dengan alasan pihak berkuasa tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Kamu pasti betulkah yang mereka tiada sebarang tindakan? Atau itu hanya spekulasi atau sangkaan semata-mata?
Individu yang mengeluarkan kata-kata kesat (hate speech) sudah ada yang kena angkut ke balai.
Sebenarnya pihak berkuasa sudah jalankan tugas mereka, cuma tidak viral sahaja.
Ingat! Jaga mulut dan jari daripada mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, atau mengambil tindakan sendiri seperti barbarian.
Nanti tidak pasal-pasal orang yang buat salah, kita pula yang masuk dalam lokap sebab tidak mampu mengawal amarah dengan baik.
Memboikot kk mart adalah cara yang mudah kita menunjukkan respons terhadap isu yang berlaku sekarang. Dalam masa yang sama boleh meningkatkan ekonomi peniaga-peniaga kita sendiri dengan memberi barang di kedai mereka.
Berhentilah daripada perbuatan-perbuatan yang mencetuskan kontroversi ini, lebih-lebih lagi yang melibatkan sensitiviti agama, bangsa dan raja.
Hidup bukan lama, nanti di akhirat semua kita ditanya tentang apa yang kita buat sewaktu hidup di dunia.
Leave a Reply